Monday, November 26, 2007

Tetamu Allah

Alhamdulillah, tahun ini keluarga kita sekali lagi di angkat menjadi tetamu Allah. Kali ini giliran MakSu Hajjah Azizah dan PakSu Azmi. Ingat lagi kan, hari tu masa family day,kita ramai-ramai pi serbu rumah depa....
MakSu dan PakSu telah pun berangkat ke Tanah Suci pada hari Isnin 2 Zulkaedah bersamamn 9hb Nov 2007.
Semuga MakSu dan PakSu sihat sejahtera menunaikan rukun haji dengan sempurna serta mendapat haji yang mabrur. Amin.

Friday, November 16, 2007

Setiausaha Berpindah Mukim

Salam semua lingkungan Al-Hamidy
Mungkin antara kita dah maklum bahawa Setiausaha kehormat kita yang rajin tersenyum tu dah berpindah mukim ke ibukota. Kita nak ucapkan tahniah pada Bang Din aka Pak Long Nordin yang telah pun naik pangkat, sekaligus mencapai tahap kerjaya yang lebih tinggi di pejabat baru di Bank Pertanian, Wisma Patriot, Kuala Lumpur. Muga bertambah berkat rezekinya. Amin. Beliau memulakan tugas di sana pada 15 November 2007.
Untuk anak-anak yang keliru , Pak Long Din yang mana satu ni, haa..ni gambaq dia.
PakLong Din dari keluarga Makcik, suami kepada MakLong Azni.

Anak-cucu-cicit Al-Hamidy yang dok KL tu, calling-caliing la Bang Din...
Nombor dia 013-4030392