Tuesday, December 18, 2007

Salam Aidil Adha

Salam ceria
Salam bahagia
Salam gembira
Salam Aidil Adha
Buang yang keruh, ambil yang jernih
Buangkan segala kebencian, berikan kemaafan
Buang segala rasa bosan, nikmati nafas-nafas kehidupan
Tinggalkan permusuhan, tambah bilangan kawan
Senyumlah kepada kehidupan, kehidupan pasti membalas senyuman
Luaskan jiwa seluas semesta
Rafa'kan tasyakkur kepada DIA setiap detik dan kerdip mata
Kerana menghadiahkan nikmat agung kepada kita
~KEHIDUPAN~
(petikan dari al Bazrah blogspot)
Selamat berkorban pada yang buat korban tu.....Alhamdulillah.
Semuga amalan di terima ALLLAH.
Wishing ALL of us in SAFE and SOUND

Wednesday, December 12, 2007

Irwan dan Hafiza 29 Disember

Assalamualaikum anak cucu cicit al Hamidy

kakcik Milah dan Bangcik Ad mewakili kekanda kita, Bang Pa dan Kak Ani mejemput semua adik beradik bersama seluruh keluaga ke majlis perkahwinan seperta adanya....
Jemputan Majlis Perkahwinan
29 Disember 2007 / 19 Zulhijjah 1428
Ismail Rejab
dan Rohani Said
dengan penuh rasa hormatnya mempersilakan anak cucu al hamidy kemajlis perkahwinan putera kami
Muhammamad Irwan bin Ismail
dengan pasangannya
Nurhafiza binti Lazim
No. 55, Kampung Alor Ganu
06200, KepalaBatas
Kedah Darulaman
Sila oooo sila.......

Sunday, December 9, 2007

Buah-buahan dari Tanah Suci

Assalamualaikum,
ahem ahem....dengar-dengar lah kannnn, MakTeh Jah, KakDah dan Mohammad yang brmastautin di Makkah al-Mukarramah tuuuu....ada mengirimkan 80kg buah-buahan kering . Antara yang khusus ialah tamar dari kebun tamar Hj Mohd Isa di Madinah. Best nya...
Dengar-dengar lah kannn...kakcik Syadah yang menerima amanah tu dah siap bungkus dah untuk di bagi-bagi sesama kita....Alhamdulillah.
Apa lagi, jomlah....serbu ..................kih kih kih...

Jazakallahu khairan ....dari kami semua di tanahair. Bukan buahtangan yang kita hargai tapi pada ingatan dan doa yang tak putus-putus.