Friday, April 4, 2008

Update update update

Assalamualaikum ayahanda bonda adik kakak abang ipar duai & anak-anak sekelian.
Maafkan kakcik dan bangcik kerana mengabaikan blog ni sampai bersemak samun. Bukan azam baru tapi mengotakan kata... InsyaAllah kita update perkembangan keluarga kita...

Keluarga Wa:
Alhamdulillah semua sihat. Sambil itu keluaga Presiden terus menerus berusaha mengubati Shahirah Afifah yang mengalami komplikasi bengkak hati yang belum di temui asbab dan ubatnya oleh pakar perubatan di HKL.
Nota: Shahirah Afifah ialah cucu BangLi, anak Siti Zawiroh & Shaharuddin ( Perodua Rawang).
Sama-samalah kita berdoa semuga Shahirah sembuh seperti sediakala. Khusus untuk Din dan Siti, bersabar lah dan terus berusaha. Doa keluarga menyertai mu.



Shahirah ceria dan lasak, TokSu nak ambik gambar pun berkejar hingga ke belakang rumah wan.
Gambar di hari kenduri Maulud rumah keluarga Wa.

InsyaAllah penghujung Mei ini, BangPa akan menyambut menantu lagi. Sila oooo sila...!!!!

Keluarga Ngah:
Belum dengar cerita nak berkenduri besar , he he he..( Jangan marah, cuit sket:)
Alhamdulillah, MakNgah Ku Azizah kian sihat. La ni duduk di Anak Bukit, rumah Abang Najib. Jom pi ziarah Ngah.

Keluarga MakLang:
Ehem... terbau bau nasik minyak...Abang Man, Setiawangsa baru menghulur tepak mengatur pertunangan putera sulung...kita tungguuuuu....

Keluarga PakNjang:
Pengumuman: Pak Njang akan jalani pembedahan menbuang batu hempedu ESOK 5hb APRIL di HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH, Alor Setar. Mari berdoa untuk penghulu waris, satu-satunya Ayahanda kita.
BangDin, suami KakJah pun uzur juga..ziarah la dia kat Taman Rasa Sayang,Jitra, rumah dia sebelah surau tu...

Keluarga PakNdak:
The Boss as busy as ever...selamat bro!
Tahniah Ros dan Fuad atas kelahiran baby girl!!! Silalah ziarah kakcik Ros kita di SP.
BangMan - sibuk tolong KakAna & Dr Duan setting up kilang Sweet Touch di Kuala Ketil. Hari ini dia ambik cuti seminggu mengembara lagi..bermotosikal ke Pattlung-BKK-Prachuab-Ranong-Kwangtung-Pracuab-balik. Dia dengan Bangcik la tu...sapa lagi kannnn! Doakan keselamatan depa.

Keluarga PakTam:
OK ajer... makTam sihat sentiasa! Sapa-sapa yang belum bayar yuran syarikat khariat kematian tu... cepat-cepat. Nanti Azizi hantar surat , kena late payment charge lagi..kih kih kih

Keluarga Makcik.
Makcik pun sihat dan manisss saja.

Keluarga MakChaq:
Yang ni lagi la bertambah sihat....senyum memanjang...

Keluarga MakTeh:
Mak Teh sihat kan? Kakcik sendir dah lama tak call MakTeh, Ishhhh.. apa la!
Maaf ya MakTeh...nanti chek telefon na...
Apa khabarmu Udin dan Firdaus? Lama tak jumpa

Keluarga Maksu:
Hari tu jumpa Maksu , dia sakit lutut.. Alahai....

Sekian, salam dan doa...