Friday, October 19, 2007

Raya Sekampung











ASSALAMUALAIKUM
.........................................................................................................................................................................



Salam sejahtera kepada sesiapa yang meluangkan masa membaca celoteh cucu tokwan.

.........................................................................................................................................................................


Di sini cucu tokwan("tokwan"dalam loghat utara bermaksud datuk)ingin berkongsi pengalaman berHari Raya di kampung setiap tahun.Bagi cucu tokwan sesuatu yg menarik disini ialah pada Hari Raya kedua di mana perhimpunan keluarga sebelah pihak isteri cucutokwan di adakan.




Perhimpunan ini telah masuk tahun ke sepuluh pada tahun ini yang mana anak- anak saudara yang dulu masih menyusu sepuluh tahun dahulu kini berlari-lari bersama-sama sepupu yang lain.Jikalau semua sanak saudara berkumpul hari tu tumbang sekor lembu pun belum tentu cukup.Idea ini timbul setelah saudara-saudara yang tua memikirkan bahawa anak-anak cucu makin jauh,masing-masing keluar merantau mencari rezki.Jika tidak di titik-berat maka akan lebih jauh dan tidak mengenali sepupu-sepapat.Pernah terjadi dimana sepupu bertugas di ibu kota,bertemu setiap hari bertegur sapa setiap pagi u,i,i,u lastly balik kampung baru tahu yg kedua-duanya sepupu......



menikmati hidangan, ucapan aluan setiausaha , sepupu sepapat dari perantauan



Lagi best punya cerita kawan yg dok minum teh tarik setiap hari konon
nya nak buat surprise tak nak bagi tau nak kahwin tup-tup hari bersanding dia tanya cucutokwan "hang buat apa disini?",dia tak tahu yang dia dah secara rasmi dah register jadi sepupu.Apa lagi senyum tak jadi duduk tak kena masa tu,bila jumpa sama-sama gelak besar.





Bila semua berhimpun masing-masing dengan berbagai-bagai tajuk,yang banyaknya bertanya perihal kerja.Banyak yang berjaya dari segi karier, ada yang menjawat jawatan penting kerajaan dan tidak kurang juga di pihak swasta.Tidak ketinggalan yang berjaya dalam bidang agama,difahamkan salasilah keluarga ini telah turun temurun memegang jawatan penting masjid dan banyak yang telah merantau ke Timur Tengah dan Mesir untuk mendalami lagi pengajian masing-masing.


............................................................................................................................................................................



Walau apa pun jawatan dan pangkat tidak akan ada perbezaan
kerana pesan orang lama masih kuat di junjung dan akan di kekalkan ke generasi yang akan datang.Pepatah orang lama "tidak ada yang baru kalau tak ada yang lama".Terpancar wajah keseronokan emak suadara,pak long,mak ngah, pak lang bila melihat anak menantu beramai-ramai berkumpul menjamu selera,berjenaka dan macam-macam lagi.














SEKIAN............................



























































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































No comments: